BIODATA
USAHAWAN
NAMA PENUH : Y.M.Dato Raja
Rosly Bin Raja Mazlan
NAMA GELARAN : Pak
Engku
NAMA ISTERI : Ramziah
Samah
TINGGAL : Shah
Alam
UMUR : 55
Tahun
TARIKH LAHIR : 14
Januari 1960
BERASAL : Banting,
Selangor
BILANGAN ADIK-BERADIK : 7
Orang (Bongsu)
NAMA SYARIKAT : Kuzie
Catering
INSPIRASI NAMA SYARIKAT : Gabungan
Nama Bersama Isteri
TAHUN OPERASI : 1994
TEMPAT OPERASI : Putra Height, Subang Jaya
CIRI-CIRI USAHAWAN
1. FAILURE IS AN OPTION (KEGAGALAN
IALAH SATU PILIHAN)
Mengimbas kembali bagaimana Y.M Dato Raja Rosly bin Raja Mazlan atau
lebih dikenali sebagai Pak Engku terlibat dalam dunia perniagaan seterusnya
mencipta nama yang begitu besar dalam bidang katering ini sehingga menjadi
pilihan nombor satu dalam kalangan tetamu kehormat iaitu yang terdiri daripada
ahli korporat dan artis -artis terkenal tanah air, Pak Engku membuka
sejarah silam keluarganya yang ternyata mempunyai pengaruh yang sangat mendalam
terhadap kejayaan beliau pada hari ini . Menurut anak kelahiran Kg Batu Laut,
Banting, Selangor ini, kehilangan bapa ketika berusia setahun turut mencorakkan
dirinya menjadi seorang yang berusaha keras bagi mencapai kejayaannya.
“Saya
tidak pernah menganggur walaupun sehari. Malah sebaik habis mengambil kertas
terakhir Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), saya terus bekerja sebagai pelayan
pejabat,” imbau Pak Engku. Malah sebelum bekerja makan gaji, anak bongsu
daripada tujuh orang adik beradik ini sudah mula bergiat membantu ibunya iaitu
Raja Halimah Raja Bagus yang cukup terkenal di Kg Batu Laut dengan kehebatannya
memasak serta keenakkan makanannya.
Antara tugas tidak rasmi yang beliau lakukan sejak di bangku sekolah rendah
adalah menjadi tukang catat setiap kali penduduk kampung datang untuk menempah
ibunya memasak di majlis kenduri kendara mereka .Dia juga menjadi drebar
membawa ibunya ke tempat kenduri pada hari majlis.“Sejak darjah enam saya pikul
tugas membawa ibu ke kenduri naik basikal. Ketika tingkatan tiga barulah saya
mampu menunggang motosikal,” cerita Pak Engku sambil tertawa. Bayaran diterima
ibunya untuk khidmat memasak pada masa itu kira-kira RM70 untuk 1,000 tetamu.
Penat lelah yang diterima oleh Pak Engku sejak kecil menjadikan
beliau tidak pernah kenal erti kegagalan. Pelbagai halangan yang dilalui oleh Pak Engku sejak mendirikan Kuzie
Catering sebelum perniagaan beliau dikenali oleh ramai orang .Bayaran yang
diterima oleh beliau pada mulanya hanya sedikit dan hanya cukup menampung kos
yang dikeluarkan oleh beliau .Namun ,beliau tidak pernah mengeluh dengan
cabaran yang dilalui dan terus berusaha dengan gigih untuk berjaya .
Hal ini adalah hasil daripada didikan yang diterima oleh beliau
sejak kecil menjadikan beliau sangat kental dalam menghadapi setiap cabaran
yang ditempuh oleh beliau .Menurut Pak Engku bukan mudah untuk mencapai
kejayaan sejauh ini pelbagai cabaran serta risiko yang telah beliau hadapi
dalam menjayakan serta mempertahankan perniagaanya sejak pertama kali ia
ditubuhkan sehinggalah mampu berdiri teguh dengan gahnya.Terdapat pelbagai
kejayan yang telah diperoleh sepanjang 19 tahun penubuhan Kuzie Catering
ini.Malahan juga kini Kuzie Catering telah berjaya menjadi sebuah Catering yang
disegani dan dicontohi oleh caterer-caterer yang lain . Hal ini demikian kerana
, Kuzie Catering telah menjadi sebuah catering yang menjadi pilihan pemimpin
nombor satu negara iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga pilihan
nombor satu artis ternama yang begitu disegani iaitu Datuk Siti Nurhaliza dalam
pengendalian semua majlis-majlisnya.
Populariti Kuzie Catering meningkat kerana pada masa yang
sama ia menjadi pilihan para menteri, ahli korporat, para selebriti, artis
,pilihan stesyen TV dan media cetak & elektronik tempatan bagi acara-acara
berprestij.Bagi mencapai gelaran catering nombor satu Negara bukan mudah bagi
catering-catering yang lain. Hal ini demikian kerana,
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan Kuzie Catering yang mana
tidak ada pada caterer-caterer yang lain sehinggakan Kuzie Catering layak
digelar catering nombor satu Negara oleh kerana pencapaiannya yang begitu
disegani.
Antara faktor yang mempengaruhi
kejayaan Kuzie Catering sepanjang 19 tahun pengalaman dalam industri Catering
ini adalah kepakaran beliau dalam makanan dan minuman yang digemari setiap
tetamu VVIP dimana tetamunya dalam kalangan yang berpakat tinggi dan
disegani.Menurut Pak Engku untuk mengetahui setiap makanan dan minuman
kegemaran seseorang VVIP bukan mudah ianya perlulah dikaji terlebih dahulu
dimana ianya perlu dikaji selidik dengan lebih mendalam lagi. Kuzie Catering
perlu mengetahui setiap jenis makanan sama ada yang boleh dihidangkan ataupun
sebaliknya.Baginya ini adalah salah satu risiko yang amat berat dimana Kuzie Catering
perlulah peka terhadap setiap tetamu VVIP
semasa ingin menyediakan dan menghidangkan kepada tetamu-tetamunya.
Oleh sebab itulah, ahli-ahli korporat
memilih Kuzie Catering kerana kepakarannya yang pandai mengambil hati tetamunya
dengan mengetahui setiap jenis makanan yang digemari
oleh mereka.Kesimpulannya ,kegagalan dan cabaran yang ditempuh oleh Pak Engku
telah menjadikan perniagaan Kuzie Catering berjaya serta disegani ramai dan
diterima umum .
2. VISIONARY (BERWAWASAN)
Visi Pak Engku Dalam Syarikat Kuzie Catering
- Menjadi syarikat Kuzie Catering & Wedding Planner pilihan nombor satu Malaysia yang memberi perkhidmatan terbaik. (Bukti : menjadi pilihan nombor satu pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan artis tersohor iaitu Dato Siti NurHalizah.
Misi
Pak Engku Dalam Syarikat Kuzie Catering
- Komited untuk menyediakan yang terbaik buat pelanggan bukan sahaja makanan dan perkhidmatan malah konsisten dalam memberi perkhidmatan kepada setiap majlis di samping mengekalkan kualiti pada setiap masa
- Melahirkan ramai generasi muda yang mahir
dalam bidang kulinari.
(Bukti:
penubuhan "Akademi Kulinari PAK ENGKU")
3. NETWORKING (JARINGAN)
Jaringan usahawan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan rapat dalam dunia
keusahawanan. Dalam membangunkan perniagaan, usahawan seharusnya memahami
jaringan usahawan antara diri sendiri dengan sumber-sumber manusia disekeliling
perniagaan mereka. Dalam masa yang sama juga usahawan perlu memahami jenis
hubungan dan sifat-sifat hubungan berkenaan agar ia dapat digunakan sebagai
kelebihan strategi bagi menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan
hari ini.
Jaringan usahawan bermaksud semua
hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan
manusia di sekelilingnya untuk faedah bersamanya. Kejayaan usahawan dipengaruhi
oleh keupayaan mereka mengenal pasti peluang dan mendapatkan sumber terhad
daripada persekitaran mereka melalui jaringan sosial. Terdapat beberapa jenis
jaringan usahawan yang telah dikenalpasti dalam tokoh keusahawanan Pak Engku.
JARINGAN PERBADI
Jaringan Peribadi yang terjalin apabila melibatkan jaringan yang tidak formal dimana
hubungan secara langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu
seperti ibu bapa, rakan, keluarga dan kumpulan belia. Kuzie Catering mula
melebarkan perniagaan dalam kalangan ahli korporat pada tahun 2000 semasa Haji
Abu Hassan Haji Omar menjadi Menteri Besar Selangor ke-12 mula mengenali Kuzie
Catering hasil dari pengenalan mereka di SUK dahulu.
Pak Engku memilih
untuk meluaskan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja pada mulanya, dengan
memberi perkhidmatan kepada kenalan rapat yang sentiasa menyokongnya. Sejak
Menteri Besar menggunakan perkhidmatan cateringnya ketika membuat majlis rumah
terbuka di Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun sehinggalah apabila jawatan
Menteri Besar ditukar. Ini merupakan kejayaan yang amat besar kerana
menteri-menteri berpuas hati dengan mutu kerjanya dan selesa dengan
perkhidmatannya. Malahan, Perdana Menteri juga memberi tanggungjawab dan
kepercayaan untuk mengendalikan majlis rumah terbukanya bagi setiap tahun.
Mendapat kepercayaan daripada pihak atasan yang disegani bukanlah sesuatu yang
mudah.
JARINGAN AWAM
Jaringan Awam pula merujuk kepada sumber awam
yang mana usahawan dapat menggunakan sumber ini bagi meningkatkan pengetahuan
dan mendapatkan maklumat. Pak Engku cukup beruntung kerana sering kali mendapat
tempahan untuk memberi perkhidmatan kepada artis-artis tersohor di Malaysia
yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Contohnya, majlis perkahwinan Dato’
Siti NurHaliza iaitu penyanyi nombor satu di Malaysia serta pelakon-pelakon
tanah air seperti Awal Ashaari & Scha Alyahya, Lisa Surihani & Yusry
dan ramai lagi.
Peristiwa inilah yang
mengangkat nama Kuzie Catering sebagai Catering nombor satu Negara dalam
kalangan artis tempatan. Disebabkan itu, Pak Engku semakin
dikenali dalam industri seni tanah air ini sehinggakan pelbagai jenis rancangan
popular seperti Wanita Hari Ini menjemput Pak Engku untuk masak secara langsung
di rancangan tersebut. Malah kejayaannya itu juga membuatkan ramai pihak media
menemu ramai Pak Engku agar kejayaan yang telah diperoleh oleh beliau dapat
disiarkan di dada-dada akhbar dan juga majalah-majalah.
JARINGAN PERNIAGAAN
Jaringan Perniagaan atau dikenali sebagai jaringan
formal merupakan hubungan yang pada amnya berasaskan aktiviti yang berkaitan
dengan perniagaan. Dalam hal ini, dapat dikaitkan dengan tetamu undangan
Perdana Menteri dari pemimpin luar Negara mengenai hal-hal kerajaan setiap kali
beliau mempunyai persidangan bersama tetamu luar Negara beliau akan memilih
Kuzie Catering untuk menyediakan makanan Malaysia. Contohnya, mereka memberi
perkhidmatan kepada Putera William dan isterinya Kate Middleton yang hadir ke
Malaysia. Tidak lupa juga kepada Abhisit Vejjajiva iaitu Perdana Menteri
Thailand di Putrajaya. Pak Engku Berjaya menaik taraf cateringnya sehingga ke
peringkat antarabangsa.
4. OPEN RISK TAKER (PENGAMBIL RISIKO
TERBUKA)
Y.M Dato Rosly bin Raja Mazlan atau
lebih dikenali sebagai Pak engku merupakan salah seorang usahawan yang berani
mengambil risiko terbuka. Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan,
Usahawan yang ingin berjaya pada masa ini juga perlu mengambil risiko serta
berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko,
semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang
usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi
mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.
Mempunyai sifat berani menanggung
risiko adalah kunci kejayaan Pak Engku, 48, dalam membangunkan perniagaan Kuzie
Katering hingga menjadi pilihan ramai pada hari ini. Walaupun beliau mengetahui
bahawa pelanggan yang bertaraf tinggi atau VVIP bukan mudah untuk berhubung dan
memberikan khidmat, beliau masih mencuba mengambil peluang ini. Pak Engku amat
mementingkan kualiti dan amanah yang diberikan oleh pelanggannya terutama dalam
mengendalikan majlis-majlis berprestij yang melibatkan tetamu kehormat. Ini telah
menyebabkan Kuzie Katering menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan
ahli-ahli korporat, VVIP kerajaan, selebriti dan orang kenamaan.
Menceburi pasaran katering ini juga
merupakan salah satu risiko bagi Pak Engku kerana bukan mudah untuk dikenali ramai
dan mempunyai banyak pesaing dalam bidang ini. Pada awalnya, Pak Engku hanya
mengusahakan kateringnya secara kecil-kecilan dimana pada ketika itu
pelanggannya hanyalah dalam kalangan saudara mara dan juga sahabat handai iaitu
hanya mengendalikan majlis hari jadi, jamuan dan yang lain-lain. Namun dengan
kepakaran yang ada pada Pak Engku, Kuzie katering telah meningkat namanya dan
mula dikenali ramai. Antara faktor yang menyebabkan Kuzie katering berbeza dari
katering yang lain ialah kehandalan beliau dalam mengendalikan sebuah majlis
yang didatangi oleh beribu-beribu tetamu termasuk tetamu kehormat dan artis
tanah air. Beliau juga akan melakukan kajian tentang apa yang disukai oleh
pelanggan beliau dan mengetahui setiap jenis makanan samada yang boleh dihidangkan
ataupun sebaliknya untuk memuaskan hati pelanggan dengan perkhidmatannya.
5. OBSERVANT
(TAAT)
Ciri-ciri yang
menunjukkan Raja Rosly Raja Mazlan atau dikenali sebagai Pak Engku seorang yang
taat ialah beliau seorang yang menjaga amanah pelanggannya . Amanah adalah
suatu tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang dan mesti dilaksanakan
dengan baik . Beliau juga sangat mementingkan kualiti perkhidmatannya
dalam penyediaan catering dan perancang perkahwinan (wedding planner) serta beliau
sedaya upaya menjaga amanah yang telah diberikan kepadanya dengan sebaik
mungkin .
Oleh itu , hasil perkhidmatannya mendapat kepercayaan orang lain yang
mampu bertahan sebagai satu jenama penyedia katering yang mempunyai reputasi
yang membanggakan dan terkemuka di seluruh Malaysia . Pak
Engku juga diberikan kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis korporat
yang dihadiri oleh menteri-menteri besar .
No comments:
Post a Comment