Friday, 13 November 2015

Ciri-ciri Usahawan Pak Engku

BIODATA USAHAWAN




NAMA PENUH : Y.M.Dato Raja Rosly Bin Raja Mazlan
NAMA GELARAN : Pak Engku
NAMA ISTERI : Ramziah Samah
TINGGAL : Shah Alam
UMUR : 55 Tahun
TARIKH LAHIR : 14 Januari 1960
BERASAL : Banting, Selangor
BILANGAN ADIK-BERADIK : 7 Orang (Bongsu)
NAMA SYARIKAT : Kuzie Catering
INSPIRASI NAMA SYARIKAT : Gabungan Nama Bersama Isteri
TAHUN OPERASI : 1994
TEMPAT OPERASI : Putra Height, Subang Jaya


CIRI-CIRI USAHAWAN

1.      FAILURE IS AN OPTION (KEGAGALAN IALAH SATU PILIHAN)

         Mengimbas kembali bagaimana Y.M Dato Raja Rosly bin Raja Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pak Engku terlibat dalam dunia perniagaan seterusnya mencipta nama yang begitu besar dalam bidang katering ini sehingga menjadi pilihan nombor satu dalam kalangan tetamu kehormat iaitu yang terdiri daripada ahli korporat dan artis -artis terkenal  tanah air, Pak Engku membuka sejarah silam keluarganya yang ternyata mempunyai pengaruh yang sangat mendalam terhadap kejayaan beliau pada hari ini . Menurut anak kelahiran Kg Batu Laut, Banting, Selangor ini, kehilangan bapa ketika berusia setahun turut mencorakkan dirinya menjadi seorang yang berusaha keras bagi mencapai kejayaannya.

         “Saya tidak pernah menganggur walaupun sehari. Malah sebaik habis mengambil kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), saya terus bekerja sebagai pelayan pejabat,” imbau Pak Engku. Malah sebelum bekerja makan gaji, anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik ini sudah mula bergiat membantu ibunya iaitu Raja Halimah Raja Bagus yang cukup terkenal di Kg Batu Laut dengan kehebatannya memasak serta keenakkan makanannya.

          Antara tugas tidak rasmi yang beliau lakukan sejak di bangku sekolah rendah adalah menjadi tukang catat setiap kali penduduk kampung datang untuk menempah ibunya memasak di majlis kenduri kendara mereka .Dia juga menjadi drebar membawa ibunya ke tempat kenduri pada hari majlis.“Sejak darjah enam saya pikul tugas membawa ibu ke kenduri naik basikal. Ketika tingkatan tiga barulah saya mampu menunggang motosikal,” cerita Pak Engku sambil tertawa. Bayaran diterima ibunya untuk khidmat memasak pada masa itu kira-kira RM70 untuk 1,000 tetamu.

         Penat lelah yang diterima oleh Pak Engku sejak kecil menjadikan beliau tidak pernah kenal erti kegagalan. Pelbagai halangan yang dilalui oleh Pak Engku sejak mendirikan Kuzie Catering sebelum perniagaan beliau dikenali oleh ramai orang .Bayaran yang diterima oleh beliau pada mulanya hanya sedikit dan hanya cukup menampung kos yang dikeluarkan oleh beliau .Namun ,beliau tidak pernah mengeluh dengan cabaran yang dilalui dan terus berusaha dengan gigih untuk berjaya .

         Hal ini adalah hasil daripada didikan yang diterima oleh beliau sejak kecil menjadikan beliau sangat kental dalam menghadapi setiap cabaran yang ditempuh oleh beliau .Menurut Pak Engku bukan mudah untuk mencapai kejayaan sejauh ini pelbagai cabaran serta risiko yang telah beliau hadapi dalam menjayakan serta mempertahankan perniagaanya sejak pertama kali ia ditubuhkan sehinggalah mampu berdiri teguh dengan gahnya.Terdapat pelbagai kejayan yang telah diperoleh sepanjang 19 tahun penubuhan Kuzie Catering ini.Malahan juga kini Kuzie Catering telah berjaya menjadi sebuah Catering yang disegani dan dicontohi oleh caterer-caterer yang lain . Hal ini demikian kerana , Kuzie Catering telah menjadi sebuah catering yang menjadi pilihan pemimpin nombor satu negara iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga pilihan nombor satu artis ternama yang begitu disegani iaitu Datuk Siti Nurhaliza dalam pengendalian semua majlis-majlisnya.
         
           Populariti Kuzie Catering meningkat kerana pada masa yang sama ia menjadi pilihan para menteri, ahli korporat, para selebriti, artis ,pilihan stesyen TV dan  media cetak & elektronik tempatan bagi acara-acara berprestij.Bagi mencapai gelaran catering nombor satu Negara bukan mudah bagi catering-catering yang lain. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan Kuzie Catering yang mana tidak ada pada caterer-caterer yang lain sehinggakan Kuzie Catering layak digelar catering nombor satu Negara oleh kerana pencapaiannya yang begitu disegani.

            Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan Kuzie Catering sepanjang 19 tahun pengalaman dalam industri Catering ini adalah kepakaran beliau dalam makanan dan minuman yang digemari setiap tetamu VVIP dimana tetamunya dalam kalangan yang berpakat tinggi dan disegani.Menurut Pak Engku untuk mengetahui setiap makanan dan minuman kegemaran seseorang VVIP bukan mudah ianya perlulah dikaji terlebih dahulu dimana ianya perlu dikaji selidik dengan lebih mendalam lagi. Kuzie Catering perlu mengetahui setiap jenis makanan sama ada yang boleh dihidangkan ataupun sebaliknya.Baginya ini adalah salah satu risiko yang amat berat dimana Kuzie Catering perlulah peka terhadap setiap tetamu VVIP semasa ingin menyediakan dan menghidangkan kepada tetamu-tetamunya.



          Oleh sebab itulah, ahli-ahli korporat memilih Kuzie Catering kerana kepakarannya yang pandai mengambil hati tetamunya dengan mengetahui setiap jenis makanan yang digemari oleh mereka.Kesimpulannya ,kegagalan dan cabaran yang ditempuh oleh Pak Engku telah menjadikan perniagaan Kuzie Catering berjaya serta disegani ramai dan diterima umum .


2.     VISIONARY (BERWAWASAN)

Visi Pak Engku Dalam Syarikat Kuzie Catering

  • Menjadi syarikat Kuzie Catering & Wedding Planner pilihan nombor satu Malaysia yang memberi perkhidmatan terbaik.                                                                 (Bukti : menjadi pilihan nombor satu pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan artis tersohor iaitu Dato Siti NurHalizah. 

Misi Pak Engku Dalam Syarikat Kuzie Catering

  •    Komited untuk menyediakan yang terbaik buat pelanggan bukan sahaja makanan dan perkhidmatan malah konsisten dalam memberi perkhidmatan kepada setiap majlis di samping mengekalkan kualiti pada setiap masa
  • Melahirkan ramai generasi muda yang mahir dalam bidang kulinari.                                (Bukti: penubuhan "Akademi Kulinari PAK ENGKU")

3.    NETWORKING (JARINGAN)

Jaringan usahawan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan rapat dalam dunia keusahawanan. Dalam membangunkan perniagaan, usahawan seharusnya memahami jaringan usahawan antara diri sendiri dengan sumber-sumber manusia disekeliling perniagaan mereka. Dalam masa yang sama juga usahawan perlu memahami jenis hubungan dan sifat-sifat hubungan berkenaan agar ia dapat digunakan sebagai kelebihan strategi bagi menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan hari ini.

Jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia di sekelilingnya untuk faedah bersamanya. Kejayaan usahawan dipengaruhi oleh keupayaan mereka mengenal pasti peluang dan mendapatkan sumber terhad daripada persekitaran mereka melalui jaringan sosial. Terdapat beberapa jenis jaringan usahawan yang telah dikenalpasti dalam tokoh keusahawanan Pak Engku.

JARINGAN PERBADI

Jaringan Peribadi yang terjalin apabila melibatkan jaringan yang tidak formal dimana hubungan secara langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa, rakan, keluarga dan kumpulan belia. Kuzie Catering mula melebarkan perniagaan dalam kalangan ahli korporat pada tahun 2000 semasa Haji Abu Hassan Haji Omar menjadi Menteri Besar Selangor ke-12 mula mengenali Kuzie Catering hasil dari pengenalan mereka di SUK dahulu.

Pak Engku memilih untuk meluaskan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja pada mulanya, dengan memberi perkhidmatan kepada kenalan rapat yang sentiasa menyokongnya. Sejak Menteri Besar menggunakan perkhidmatan cateringnya ketika membuat majlis rumah terbuka di Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun sehinggalah apabila jawatan Menteri Besar ditukar. Ini merupakan kejayaan yang amat besar kerana menteri-menteri berpuas hati dengan mutu kerjanya dan selesa dengan perkhidmatannya. Malahan, Perdana Menteri juga memberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengendalikan majlis rumah terbukanya bagi setiap tahun. Mendapat kepercayaan daripada pihak atasan yang disegani bukanlah sesuatu yang mudah.

JARINGAN AWAM

Jaringan Awam pula merujuk kepada sumber awam yang mana usahawan dapat menggunakan sumber ini bagi meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan maklumat. Pak Engku cukup beruntung kerana sering kali mendapat tempahan untuk memberi perkhidmatan kepada artis-artis tersohor di Malaysia yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Contohnya, majlis perkahwinan Dato’ Siti NurHaliza iaitu penyanyi nombor satu di Malaysia serta pelakon-pelakon tanah air seperti Awal Ashaari & Scha Alyahya, Lisa Surihani & Yusry dan ramai lagi.

Peristiwa inilah yang mengangkat nama Kuzie Catering sebagai Catering nombor satu Negara dalam kalangan artis tempatan. Disebabkan itu, Pak Engku semakin dikenali dalam industri seni tanah air ini sehinggakan pelbagai jenis rancangan popular seperti Wanita Hari Ini menjemput Pak Engku untuk masak secara langsung di rancangan tersebut. Malah kejayaannya itu juga membuatkan ramai pihak media menemu ramai Pak Engku agar kejayaan yang telah diperoleh oleh beliau dapat disiarkan di dada-dada akhbar dan juga majalah-majalah.

JARINGAN PERNIAGAAN

Jaringan Perniagaan atau dikenali sebagai jaringan formal merupakan hubungan yang pada amnya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Dalam hal ini, dapat dikaitkan dengan tetamu undangan Perdana Menteri dari pemimpin luar Negara mengenai hal-hal kerajaan setiap kali beliau mempunyai persidangan bersama tetamu luar Negara beliau akan memilih Kuzie Catering untuk menyediakan makanan Malaysia. Contohnya, mereka memberi perkhidmatan kepada Putera William dan isterinya Kate Middleton yang hadir ke Malaysia. Tidak lupa juga kepada Abhisit Vejjajiva iaitu Perdana Menteri Thailand di Putrajaya. Pak Engku Berjaya menaik taraf cateringnya sehingga ke peringkat antarabangsa.

4.    OPEN RISK TAKER (PENGAMBIL RISIKO TERBUKA)

Y.M Dato Rosly bin Raja Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pak engku merupakan salah seorang usahawan yang berani mengambil risiko terbuka. Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, Usahawan yang ingin berjaya pada masa ini juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

Mempunyai sifat berani menanggung risiko adalah kunci kejayaan Pak Engku, 48, dalam membangunkan perniagaan Kuzie Katering hingga menjadi pilihan ramai pada hari ini. Walaupun beliau mengetahui bahawa pelanggan yang bertaraf tinggi atau VVIP bukan mudah untuk berhubung dan memberikan khidmat, beliau masih mencuba mengambil peluang ini. Pak Engku amat mementingkan kualiti dan amanah yang diberikan oleh pelanggannya terutama dalam mengendalikan majlis-majlis berprestij yang melibatkan tetamu kehormat. Ini telah menyebabkan Kuzie Katering menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan ahli-ahli korporat, VVIP kerajaan, selebriti dan orang kenamaan.


Menceburi pasaran katering ini juga merupakan salah satu risiko bagi Pak Engku kerana bukan mudah untuk dikenali ramai dan mempunyai banyak pesaing dalam bidang ini. Pada awalnya, Pak Engku hanya mengusahakan kateringnya secara kecil-kecilan dimana pada ketika itu pelanggannya hanyalah dalam kalangan saudara mara dan juga sahabat handai iaitu hanya mengendalikan majlis hari jadi, jamuan dan yang lain-lain. Namun dengan kepakaran yang ada pada Pak Engku, Kuzie katering telah meningkat namanya dan mula dikenali ramai. Antara faktor yang menyebabkan Kuzie katering berbeza dari katering yang lain ialah kehandalan beliau dalam mengendalikan sebuah majlis yang didatangi oleh beribu-beribu tetamu termasuk tetamu kehormat dan artis tanah air. Beliau juga akan melakukan kajian tentang apa yang disukai oleh pelanggan beliau dan mengetahui setiap jenis makanan samada yang boleh dihidangkan ataupun sebaliknya  untuk memuaskan hati pelanggan dengan perkhidmatannya.

5.  OBSERVANT (TAAT)

Ciri-ciri yang menunjukkan Raja Rosly Raja Mazlan atau dikenali sebagai Pak Engku seorang yang taat ialah beliau seorang yang menjaga amanah pelanggannya . Amanah adalah suatu tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang dan mesti dilaksanakan dengan baik . Beliau juga sangat mementingkan kualiti perkhidmatannya dalam penyediaan catering dan perancang perkahwinan (wedding planner) serta beliau sedaya upaya menjaga amanah yang telah diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin .


 Oleh itu , hasil perkhidmatannya mendapat kepercayaan orang lain yang mampu bertahan sebagai satu jenama penyedia katering yang mempunyai reputasi yang membanggakan dan terkemuka di seluruh Malaysia . Pak Engku juga diberikan kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis korporat yang dihadiri oleh menteri-menteri besar .